Jumat, 16 April 2010

sejarah 4

Candi Mendut ialah sebuah candi agama Buddha yang terletak di desa Mendut, kecamatan Mungkid, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, di Indonesia, beberapa kilometer dari candi Borobudur. Dibina oleh dinasti Syailendra, prasasti Karangtengah yang bertarikh 824 Masehi menyebut bahawa raja Indra membina bangunan suci ini dan menamainya sebagai venuvana, iaitu "hutan buluh".


Isi kandungan

[sorok]

[sunting] Seni bina candi

Hariti.
Buddha dalam kedudukan dharmacakramudra.

Candi Mendut tingginya 26.4 meter. Bangunan ini sebenarnya diperbuat daripada batu bata yang ditutupi dengan batu semulajadi. Candi ini terletak pada sebuah tapak asas yang tinggi supaya nampak lebih hebat dan agung. Di atas tapak asas ini, terdapat lorong yang mengelilingi bangunan candi. Tangga naik dan pintu masuk menghadap ke arah barat daya. Bumbung candi ini bertingkat tiga dan dihiasi dengan stupa-stupa kecil, dengan 48 buah daripadanya masih wujud.

[sunting] Hiasan

Hiasan yang terdapat pada candi Mendut merupakan hiasan yang berselang-seling, termasuk ukiran-ukiran makhluk kayangan seperti kera dan burung helang. Pada kedua-dua sisi tangganya, terdapat ukiran timbul cerita Pancatantra dan Jataka. Dinding candi dihiasi ukiran timbul Bodhisatva, antaranya Awalokiteswara, Maitreya, Wajrapāṇi, dan Manjusri. Pada dinding tubuh candi pula, terdapat ukiran timbul Kalpataru, dua malaikat, Harītī (seorang saksi yang bertaubat lalu mengikut Buddha), serta Āţawaka.

Di dalam candi induk, terdapat tiga buah arca Buddha yang besar, iaitu Buddha Śakyamuni, dengan tangan dalam bentuk dharmacakramudra (mudra ). Di depan arca Buddha, terdapat ukiran timbul berbentuk roda yang diapit oleh sepasang rusa, lambang Buddha. Di sebelah kiri pula, terdapat arca Padmapāņi dan di sebelah kanannya, arca Wajrapāņi. Kini di hadapan arca Buddha terletak dupa-dupa dan keranjang untuk sumbangan. Para pengunjung boleh menyalakan dupa dan bersembahyang di sini.

[sunting] Kronologi pembaikpulihan

  • 1836: Candi ditemukan dan dibersihkan.
  • 1897 - 1904: Tapak asas dan tubuh candi diperbaiki namun hasil kurang memuaskan.
  • 1908: Candi diperbaiki oleh Theodoor van Erp, dengan diubah elok.
  • 1925: Sejumlah stupa diubah elok.

[sunting] Vihara Buddha Mendut

Arca Buddha, sumbangan Jepun.

Tepat di sebelah Candi Mendut, terdapat sebuah vihara Buddha yang dahulunya merupakan sebuah biara Katolik yang tanahnya kemudian diagih-agihkan kepada rakyat pada tahun 1950-an. Lalu tanah-tanah rakyat ini dibeli oleh sebuah yayasan Buddha dan di atasnya dibina vihara tersebut. Di dalam vihara ini, terdapat asrama, tempat ibadah, taman, serta beberapa patung Buddha. Beberapa patung tersebut adalah sumbangan dari Jepun.

[sunting] Rujukan

  • (Inggeris) Marijke J. Klokke, 1993, The Tantri Reliefs on Ancient Javanese Candi. Leiden: KITLV Press.
  • (Belanda) N.J. Krom, 1918, ‘De Boddhisatwa’s van den Mĕndut’, Bijdragen to de Taal-, Land- en Volkenkunde 74:419-37.
  • (Indonesia) L. Mardiwarsito, 1983, Tantri Kāmandaka. Ende: Nusa Indah/Kanisius.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar